Blogger Templates

Thursday, 19 May 2011

UNTUKMU IBU....

UNTUKMU IBU...merupakan tulisan pertama aku...idea penulisan 100% dari hati aku...xder copy d mana2....bace tajuk pon dah tau kan tuju khas pada siapa...hehhehe...cerita / coretan nie pd tahun 2008 kalau xsilap...yang mane mase 2 aku blm jmpa ibu kandung aku lagi....kalau korang bace penulisan nie..mmg korang akan paham lar cerita yang aku nak sampaikan...ceritanya cmni.... :

UNTUKMU IBU

IBU...
Maafkan anakmu jika terluka,
Tapi ini hanya luahan rasa,
Rasa yang lahir dari jiwa,
Jiwa yang tak mungkin berbohong kata.

IBU...
Walaupun pertemuan kita tak lama,
Tetapi kehadiranmu dalam hidupku amat bermakna,
Walaupun hati ini tidak merelakannya,
Aku pasrah dgn kehendak yang Esa.

IBU...
Andai suatu hari kita berjumpa,
Akanku pelukmu seerat-eratnya,
Semoga terlepas rindu yang lama,
Walaupun ianya hanya sementara.

IBU...
Andai suatu hari aku berjaya,
Takkan ku lupa semua jasa,
Jasa tak dapat diucap dgn kata-kata,
Tak dapat dibalas dengan harta benda.

IBU...
Aku tak pandai berkata-kata,
Restu darimu yang ku pinta,
Untuk berjaya di dunia,
Dan diakhirat sana.

IBU...
Seribu kemaafanku pinta,
Dari kecil hingga dewasa,
Jika ada tersilap kata,
Yang membuat kau terluka.

IBU...
Pada diri ini aku berjanji,
Akanku carimu suatu hari nanti,
Jika ditakdirkan oleh Ilahi,
Kita akan berjumpa lagi. 

(just me: sue are na) 

2 comments:

Tok D4L4Ng G3G4R FM said...

ucapan sempena hari ibu...syg ibu...muahhh

sue are na said...

hahahahaha....syg ibu (umi)... (^_^)v