Blogger Templates

Sunday, 29 May 2011

Dulu mase kecik kita selalu tgk @ dgr citer dongeng pasal ibu tiri....( bang putih bawang merah... ader citer omputih aku lupa lak tajuk nyer...) huhu

Cerita boleh diubah kerana pelaku dan penceritaannya manusia yang mengawal dan mencipta setiap babak itu....tapi dlm dunia nyata dan sebenar, adakah magik @ keajaiban @ putera raja yang akan datang selamatkan gadis malang itu di dunia realiti ini..???

Bila bercakap pasal pengalaman itu...aku antara seorang insan yang merasa betapa peritnya, sakitnya bila bergelar seorang anak tiri...title seorang anak tiri....Aku tak nafikan tak semua ibu tiri itu jahat...tapi tak semua juga yang baik kan...hurmmm....

Tidakkah mereka faham anak tiri (samada ibu tiri @ ayah tiri) maksudnya anak tersebut dah terpisah dgn ibu @ ayah mereka (cerai @ meninggal)... Tidakkah mereka terfikir yang anak itu perlukan kasih sayang, perlukan tempat utk berlindung bagi mengantikan ibu @ ayah mereka...Tidakkah ibu @ ayah tiri itu tahu tugas sebenar mereka...??? Susah sgt kah utk menganggap mereka mcm ank sendiri..??? Anak itu perlukan kasih sayang, bukan celaan, maki hamun dgn kata2 kasar, bukan utk dibuat musuh...Tidakkah mereka tahu itu semua...???

Puaskah hati mereka membuat anak tiri seperti seekor binatang..??? Malah disamakan dgn binatang..??? Tidak cukupkah dgn pukulan setiap pukulan yang singgah di badan anak kecil itu, malah perlu juga disusuli dgn kata2 yang amat menyakitkan jiwa..??? Setiap jenis binatang kau sebut utk disamakan dgn anak2 tirimu ini.... Tidakkah kamu merasa jika kamu ditempat mereka..?? Seronokkah kamu jika kamu yang diperlakukan seperti itu..?? ( fikir & rasailah sendiri dgn akal yg tenang & iman d dada bersama keinsafan diri)

Aku bukan merungut...jauh sekali menyesal...malah aku bersyukur, kerana kesusahan di waktu lampau telah banyak mengajar aku erti kesabaran, menjadikan aku seorang yg cekal & kuat....Jika dilihat dari mata kasar, keluarga aku tidaklah sesusah orang yg tiada tempat berteduh, tapi hakikatnya, disaat 'dia' lena & selesa tidur bertilam empuk berselimut tebal, kami tidur 'lena' berselimutkan nyamuk, berbantalkan lengan, bertilamkan tikar lusuh.....

 Mmg itu kenyataan yg org tidak nampak @ mungkin hanya membutakan mata & sekadar memekakkan telinga... Tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi blh berlindung dari hujan dan panas, blh makan & pakai walaupun xsemewah orang lain aku bersyukur... (mungkin selayaknya anak tiri di layan seperti itu...mungkin)...  (T_T)

Tidur berendam air mata sudah tidak asing dalam diri aku...kerana tiap mlm hanya air mata yg menjadi teman setia aku setiap mlm...Syukur kerana semua itu telah menjadikan aku seorang yang kuat & cekal... Dan utk hidup susah, mungkin sudah tidak susah bagi aku, kerana aku pernah hidup dalam kesusahan yg mana orang lain tidak pernah nampak kesusahan itu... (mungkin ayat aku terbelit sikit, tp HANYA YANG MENGERTI MEMAHAMI...itu yg aku blh cakap sekarang)

0 comments: